dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

BAZAR RAYA NADI 2026

15 Mac 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Mac 2026, NADI Kampung Gunung Hilir telah menganjurkan program Bazar Raya NADI 2026 yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Program ini berlansung serentak di NADI seluruh Malaysia dan bertujuan untuk menyokong serta mempromosikan produk usahawan tempatan di samping mengeratkan hubungan antara komuniti setempat.

Seramai lima (5) orang usahawan telah mengambil bahagian dalam bazar ini dengan menawarkan pelbagai produk menarik seperti kuih raya, sampul raya, kerongsang dan baju terpakai. Aktiviti jual beli yang dijalankan mendapat sambutan baik daripada pengunjung yang hadir sepanjang program berlangsung.

Selain aktiviti jualan, pelbagai aktiviti turut diadakan bagi memeriahkan suasana bazar. Antaranya ialah aktiviti mewarna bagi murid sekolah rendah yang berjaya menarik 10 orang penyertaan. Aktiviti ini bertujuan memberi ruang kepada kanak-kanak untuk menunjukkan kreativiti mereka dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.
Turut diadakan ialah program Kidventure – Usahawan Cilik yang memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai dunia keusahawanan. Program NADIPreneur & EmpowerHer juga dijalankan bagi memperkasakan usahawan komuniti, khususnya dalam meningkatkan kemahiran dan peluang perniagaan. Pengunjung turut berpeluang mendapatkan saringan kesihatan percuma, sekali gus memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga kesihatan.

Secara keseluruhannya, Bazar Raya NADI 2026 berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti setempat. Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada usahawan untuk mempromosikan produk mereka, malah turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.